Tuesday, November 30, 2010

Royal's role is still relevant-Dr Shad

SHAH ALAM 29 Nov. - Pakar undang-undang perlembagaan, Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, peranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh di negeri masing-masing.

Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan kuasa-kuasa baginda di dalam pelbagai perkara.

Justeru, tegas beliau, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh dicabar kerana ia jelas dilakukan mengikut perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh negeri itu.

Begitu juga, katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, menteri Kabinet dan timbalan menteri untuk menasihati baginda dalam tugas-tugas baginda.

''Kuasa-kuasa ini diperuntukkan dalam perkara 43(1),(2) dan 43A Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam Wacana "Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan" di sini hari ini.

(taken from the Malaysian Bar site)

2 comments:

  1. I for one think that the theory hardly matches up to reality. I wish the royalty would live up to their duties before invoking the Constitution whenever their interests are under threat.

    ReplyDelete
  2. this is probably why i like Raja Nazrin, its rare that u seem a royal coming out and talking about unity before he is actually King.

    ReplyDelete